Khamis, 18 April 2024 | 9:24am
Gangguan bekalan elektrik di Jenjarom, gangguan 3 kawasan hingga Sabtu ini
Gangguan bekalan elektrik di Jenjarom, gangguan 3 kawasan hingga Sabtu ini

Gangguan bekalan elektrik 3 kawasan di Jenjarom hingga Sabtu ini

KUALA LANGAT: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melanjutkan tempoh kerja-kerja henti tugas berjadual di tiga kawasan sekitar Jenjarom, Banting, di sini hingga Sabtu ini.

Syarikat itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kawasan yang terbabit adalah Taman Desa, Kampung Baru Sungai Jarom dan Taman Yayasan 5.

"Kerja-kerja ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Untuk keselesaan para pengguna, kami mencadangkan persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini," kata kenyataan itu.

TNB berkata, pihaknya juga mengambil langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan berlaku dalam tempoh paling minimum.

Pada masa sama katanya, pengguna diminta berhati-hati semasa mengendalikan peralatan elektrik terutama ketika berlakunya gangguan bekalan.

Berita Harian X