Sabtu, 30 March 2024 | 5:10pm
Hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, di sini sejak kelmarin, sudah dipadamkan, hari ini. - Foto ihsan JBPM Pahang
Hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, di sini sejak kelmarin, sudah dipadamkan, hari ini. - Foto ihsan JBPM Pahang

23 daripada 30 hektar hutan tanah gambut terbakar sudah dipadamkan

KUANTAN: Kira-kira 23 daripada 30 hektar hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian di Inderapura, di sini sejak kelmarin, sudah dipadamkan, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata setakat ini, keluasan hutan tanah gambut yang masih terbakar berbaki kira-kira tujuh hektar.

Katanya, operasi pemadaman membabitkan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini.

"Operasi memadam kebakaran itu dilakukan untuk memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berdasarkan anggaran kawasan Jabatan Pertanian itu, ia membabitkan keluasan 200 hektar.

Difahamkan, keadaan cuaca panas menyebabkan hutan tanah gambut yang kering terdedah kepada kebakaran.

Berita Harian X