Rabu, 13 March 2024 | 5:28pm
Farrah menjual kuih tradisional di Kuala Terengganu. -Foto BH/BAHAROM BAKAR
Farrah menjual kuih tradisional di Kuala Terengganu. -Foto BH/BAHAROM BAKAR

Onde-onde RM2 tujuh biji laris

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 3,000 biji buah melaka atau onde-onde dan puteri mandi yang dijual pada harga RM2 tujuh biji habis dalam setengah jam.

Selain onde-onde, turut mendapat perhatian pengunjung di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar ialah puteri mandi, nekbat, haji serban.

Gerai menjual lebih 30 jenis kuih tradisional oleh Farrah Yusof, 45, menjadi tumpuan pengunjung termasuk yang bukan beragama Islam.

Farrah menjual tujuh biji onde-onde pada harga RM2, tujuh biji puteri mandi RM2, dua biji kuih tok haji serban RM2 dan tiga biji nekbat RM2.00.

Farrah ketika ditemui berkata, semua kuih dijual digerainya dihasilkan sendiri dan bukan dihantar peniaga lain.

"Ramai pelanggan bertanya seolah-olah tidak percaya saya menjual onde-onde dan puteri mandi tujuh biji pada harga RM2.

"Mereka kehairanan dan bertanya kita mampu memperolehi keuntungan atau sebaliknya kerana menjual kuih tradisonal itu pada harga yang murah," katanya di sini, hari ini.

Farrah berkata, walaupun kos bahan mentah, termasuk gandum, gula melaka dan kelapa parut agak mahal, tetapi masih ada untung kerana kuantiti jualan banyak.

Berita Harian X