Rabu, 6 Disember 2023 | 9:04pm
Warga emas antara mangsa terperangkap di sebuah TABIKA yang dilanda banjir kilat sebelum diselamatkan anggota bomba di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA
Warga emas antara mangsa terperangkap di sebuah TABIKA yang dilanda banjir kilat sebelum diselamatkan anggota bomba di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Bomba selamatkan 46 mangsa terperangkap banjir kilat landa TABIKA

JOHOR BAHRU: Seramai 46 mangsa di taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) di Jalan Mohd Amin, Kampung Mohd Amin di sini, diselamatkan oleh anggota bomba selepas premis berkenaan dilanda banjir kilat, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, semua mangsa membabitkan 38 murid, enam guru dan dua warga emas dengan seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) dipindahkan ke kawasan perumahan yang lebih selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, berkata 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan dua bot bomba serta satu bom awam digunakan untuk menyelamatkan mangsa terperangkap.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap di sebuah TABIKA di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru yang dilanda banjir kilat, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap di sebuah TABIKA di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru yang dilanda banjir kilat, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Kira-kira 25 lokasi sekitar bandar raya itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Berita Harian X