Ahad, 18 September 2022 | 10:44pm
Bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sukarelawan Southern Volunteers. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor

TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir

BATU PAHAT: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, dekat sini, hari ini, menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyampaian bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sukarelawan Southern Volunteers.

Selain itu, katanya, mangsa banjir juga menerima bantuan RM1,000 untuk setiap keluarga daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor

TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor
TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor

Bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sukarelawan Southern Volunteers. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor
Bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sukarelawan Southern Volunteers. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di PPS berkenaan menurun kepada 164 orang setakat 8 malam ini, berbanding 194 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu ialah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung. – BERNAMA

Air masih bertakung di Kampung Baru Sri Gading, hari ini. - Foto NSTP/Essa Abu Yamin

Berita Harian X