Ahad, 27 March 2022 | 10:24am
Pendakwah dan Pensyarah Kanan FSSK, UTMKL, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa (tengah) menyampaikan ceramah pada Forum Perdana di Masjid An-Nur, Saujana Utama, malam tadi. Ahli panel lain, Ustazah Muzayyanah Abdullah manakala Ustaz Fakhrul Radhi UNIC bertindak selaku perantara. NSTP/Ihsan Pengurusan Masjid An-nur
Pendakwah dan Pensyarah Kanan FSSK, UTMKL, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa (tengah) menyampaikan ceramah pada Forum Perdana di Masjid An-Nur, Saujana Utama, malam tadi. Ahli panel lain, Ustazah Muzayyanah Abdullah manakala Ustaz Fakhrul Radhi UNIC bertindak selaku perantara. NSTP/Ihsan Pengurusan Masjid An-nur
Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa membacakan doa sebelum memecahkan bongkah ais berbentuk masjid sebagai gimik pelancaran dana pembinaan baharu Masjid An-Nur. NSTP/Ihsan Pengurusan Masjid An-Nur
Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa membacakan doa sebelum memecahkan bongkah ais berbentuk masjid sebagai gimik pelancaran dana pembinaan baharu Masjid An-Nur. NSTP/Ihsan Pengurusan Masjid An-Nur

Saham pelaburan akhirat

KUALA SELANGOR: Ahli kariah diingatkan sentiasa mengambil peluang menyertai wakaf bagi pembinaan masjid untuk menjana saham di akhirat kelak.

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pendakwah dan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk menginfakkan harta kerana Allah menjanjikan harta atau kekayaan orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

"Jangan sampai kita terlepas peluang, dah nampak masjid tegak, tetapi duit kita tiada di dalam.

"Insya-Allah sama-sama kita menyumbang kepada Masjid An-Nur, kita bantu dana naik taraf masjid ini," katanya pada Forum Perdana anjuran Pengurusan Masjid An-Nur di Saujana Utama, malam tadi.

Forum yang diadakan serentak dengan pelancaran dana pembinaan baharu Masjid An-Nur, itu turut disertai Pengasas Darul Fawwaz (Pusat Pengajian al-Quran & Fardu Ain), Ustazah Muzayyanah Abdullah sebagai ahli panel manakala Juara Akademi Al-Quran Musim 3, Ustaz Fakhrul Radhi UNIC bertindak selaku perantara.

Hadir sama, Nazir Masjid An-Nur, Hamzah Mohd Amin; Imam masjid, Mohd Isyamfuan Rojalai dan arkitek Ikatan Cipta Bina Sdn Bhd, Hishamuddin Abu Hassan.

Forum Perdana bertajuk `Ahlan Ya Ramadan' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook itu boleh diikuti menerusi https://www.facebook.com/masjid.annur.52/videos/491597822599423/?d=n

Senada dengan Norhafizah, Muzayyanah mengajak semua ahli kariah segera bertindak agar dapat melihat Masjid An-Nur berwajah baharu, dengan merancang untuk melakukan infak.

"Semoga dengan infak ini, Allah membina rumah kita di taman syurga," katanya.

Hamzah pula berkata, dana berjumlah RM7.9 juta diperlukan untuk pembinaan baharu Masjid An-Nur bagi menampung pertambahan penduduk di Saujana Utama.

Katanya, masjid pertama yang dibina di kawasan perumahan itu pada 2003 kini semakin uzur dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

"Satu jawatankuasa dilantik bagi menilai kerosakan dan mendapati adalah lebih efektif dari segi kos untuk naik taraf masjid bagi jangka panjang.

"Ini kerana struktur utama masjid sudah mengalami mendapan tanah, selain masalah pendawaian dan kebocoran pada bumbung," katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan ke akaun bank Islam 140 140 10111 399 atas nama Masjid An-Nur.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu, jemaah turut dipertontonkan demonstrasi mengukir ais berbentuk kubah masjid oleh cef Jafri Mohamad yang pernah memenangi beberapa pertandingan mengukir ais di peringkat antarabangsa.

Berita Harian X