Jumaat, 25 Februari 2022 | 10:56am
Jambatan Kuala Pertang yang menghubungkan empat kampung ditenggelami air berikutan paras air Sungai Nal naik. - Foto fail NSTP
Jambatan Kuala Pertang yang menghubungkan empat kampung ditenggelami air berikutan paras air Sungai Nal naik. - Foto fail NSTP

Tiga sungai di Kuala Krai melebihi paras amaran

KOTA BHARU: Tiga sungai di jajahan Kuala Krai menunjukkan bacaan melebihi paras amaran pada pagi ini, susulan hujan lebat sejak semalam.

Sungai terbabit adalah Sungai Nal dengan bacaan 23.67 meter (m), Sungai Lebir di Kampung Tualang mencatat 33.24 m dan Sungai Kelantan di Kuala Krai, 20.35m.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, berkata paras air sungai meningkat susulan taburan hujan yang tinggi di jajahan berkenaan.

"Penduduk setempat dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga kerana air sungai juga dilihat naik dengan agak pantas dan khuatir jika ia terus bertambah susulan hujan yang berterusan.

"Pihak JBPM Kelantan terutama di cawangan Kuala Krai sentiasa bersiap siaga daripada segi kekuatan anggota dan logistik untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika bah melanda," katanya.

Zainal berkata, pihaknya juga mengawasi kawasan lain yang berisiko dilanda bah jika paras sungai meningkat.

Berita Harian X