Selasa, 22 Februari 2022 | 12:17pm

308,156 dewasa di Terengganu sudah terima suntikan dos penggalak

KUALA TERENGGANU: Seramai 308,156 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di Terengganu sudah mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, setakat Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata kebanyakan yang menerima suntikan dos penggalak adalah golongan berisiko tinggi seperti komorbid, golongan kurang upaya dan warga emas.

Daripada jumlah itu, katanya, golongan yang menerima suntikan tertinggi adalah warga emas apabila merekodkan sebanyak 48.1 peratus, diikuti golongan komorbid (43.8 peratus) dan OKU, 38.3 peratus.

"Untuk rekod, populasi yang layak mendapatkan suntikan ini adalah seramai 744,100 orang dan jumlah ini (yang sudah menerima suntikan) masih rendah.

"Kita memang menggalakkan mereka yang layak mendapatkan dos penggalak ini. Mereka sebenarnya membantu, terutama golongan warga emas dan komorbid untuk mengurangkan kesan serius apabila dijangkiti COVID-19.

"Kita sedang berusaha untuk menggalakkan mereka yang layak mendapatkan dos penggalak ini dan meminta mereka yang layak mengambil suntikan tanpa rasa bimbang," katanya kepada BH, hari ini.

Dr Kasemani berkata, terdapat 78 pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka di lapan daerah di Terengganu untuk meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak.

Daripada jumlah itu, katanya, 24 PPV adalah klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta (39), hospital kerajaan (enam), hospital swasta (dua) dan tujuh PPV lapangan.

"Kita memang menggalakkan mereka yang layak mendapatkan dos penggalak ini. Mereka sebenarnya membantu, terutama golongan warga emas dan komorbid untuk mengurangkan kesan serius apabila dijangkiti COVID-19.

"Kita sedang berusaha untuk menggalakkan mereka yang layak mendapatkan dos penggalak ini dan meminta mereka yang layak mengambil suntikan tanpa rasa bimbang," katanya kepada BH, hari ini.

Dr Kasemani berkata, terdapat 78 pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka di lapan daerah di Terengganu untuk meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak.

Daripada jumlah itu, katanya, 24 PPV adalah klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta (39), hospital kerajaan (enam), hospital swasta (dua) dan tujuh PPV 'off site'.

Pegawai kesihatan melakukan suntikan dos penggalak vaksinasi COVID-19 kepada orang ramai di PPR Hiliran, Kuala Terengganu. NSTP/GHAZALI KORI
Pegawai kesihatan melakukan suntikan dos penggalak vaksinasi COVID-19 kepada orang ramai di PPR Hiliran, Kuala Terengganu. NSTP/GHAZALI KORI
Berita Harian X