Isnin, 10 Januari 2022 | 10:29pm
Bangkai penyu karah yang ditemui terdampar di Pantai Saujana, Port Dickson. - Foto IHSAN JABATAN PERIKANAN
Bangkai penyu karah yang ditemui terdampar di Pantai Saujana, Port Dickson. - Foto IHSAN JABATAN PERIKANAN

Penyu mati terdampar di pantai PD

PORT DICKSON: Seekor penyu karah betina dianggar seberat tiga kilogram (kg) ditemui mati terdampar di Pantai Saujana di sini, semalam.

Ketika ditemui, penyu itu dikesan mengalami kecederaan pada bahagian bawah dan sisi cengkerang, berkemungkinan terkena kipas enjin bot.

Jurucakap Jabatan Perikanan berkata, bangkai penyu itu diambil dan direkodkan sebelum ditanam di lokasi penemuannya di pantai itu.

Penyu berkenaan ditemui orang awam yang menghubungi Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

Jurucakap Jabatan Perikanan turut berterima kasih kepada pihak bomba yang segera menghubungi kakitangan Jabatan Perikanan dari Pusat Ikan Hiasan Port Dickson untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Jabatan Perikanan (DOF) berharap orang ramai yang mengunjungi pantai bersama-sama memulihara reptilia terancam itu dengan melaporkan penemuan penyu sama ada hidup atau mati untuk tindakan selanjutnya.

Berita Harian X