Jumaat, 24 Disember 2021 | 1:44pm
JAS Johor meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran berbentuk serbuk putih di Sungai Masai. - Foto fail NSTP
JAS Johor meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran berbentuk serbuk putih di Sungai Masai. - Foto fail NSTP

'Serbuk putih' bukan bahan buangan terjadual

JOHOR BAHRU: Hasil ujian sampel sisa di Sungai Masai mendapati ia bukan dicemari oleh bahan buangan terjadual, sebaliknya bahan berasaskan makanan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata ia hasil analisis Jabatan Kimia ke atas sampel sisa menyamai serbuk dan berwarna putih yang ditemui di sungai itu, baru-baru ini.

"Pegawai penyiasat bagi kes ini masih membuat siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca bahan terbabit. Namun yang pasti, ia bukan bahan buangan terjadual," katanya.

Pencemaran di Sungai Masai yang berlaku pada pertengahan November lalu itu mengundang kebimbangan penduduk dan nelayan.

Selepas isu 'sungai hitam' berjaya ditangani beberapa bulan lalu, sungai itu dicemari pula oleh bahan seperti serbuk berwarna putih.

Berita Harian X