Sabtu, 25 September 2021 | 10:43am
Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang ditutup sementara kerana telah penuh. -Foto NSTP/Mohd Amin Jalil
Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang ditutup sementara kerana telah penuh. -Foto NSTP/Mohd Amin Jalil

Tanah Perkuburan Islam Senawang tutup sementara

SEREMBAN: Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang di sini, ditutup sementara serta-merta berikutan tapak sedia ada telah penuh.

Jurucakap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ketika dihubungi, berkata penutupan itu mungkin akan mengambil masa sehingga projek tapak baharu yang terletak bersebelahan dengan tapak lama siap sepenuhnya.

"Ketika ini projek kawasan perkuburan yang baharu dan masih kosong itu belum boleh beroperasi dan apabia siap nanti, ia akan dibuka bagi urusan pengebumian jenazah.

"Buat sementara ini, semua urusan pengebumian jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban.

"Ketika ini MBS hanya buka untuk pengebumian jenazah di Ainsdale tetapi bagi mereka yang hendak melakukan urusan itu di tempat lain seperti di kampung halaman atau sebagainya, itu terpulang hak masing-masing," katanya mengulas mengenai penutupan itu bagi mengelak kekeliruan orang ramai di sini, hari ini.

Tanah Perkuburan Islam Forest Height antara lokasi utama di daerah ini bagi urusan pengebumian jenazah yang disediakan MBS, yang dibuat secara sistematik dan profesional.

Berita Harian X