Selasa, 9 March 2021 | 7:33pm
Seramai 14,065 individu sudah menerima vaksin COVID-19 di Sabah, sehingga hari ini. - Foto NSTP/MOHD ADAM ARININ
Seramai 14,065 individu sudah menerima vaksin COVID-19 di Sabah, sehingga hari ini. - Foto NSTP/MOHD ADAM ARININ

Kes COVID-19 di Sabah turun tiga hari berturut-turut

KOTA KINABALU: Jangkitan COVID-19 di Sabah menunjukkan trend penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes baharu positif COVID-19 masih mencatatkan jumlah kes sebanyak dua digit.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,621 kes dan satu kes kematian dilaporkan hari ini, di Kota Kinabalu.

"Seramai 121 pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 52,411 orang.

"Selain itu, pesakit yang sedang menerima rawatan merangkumi 584 orang, iaitu 210 orang di hospital, manakala 374 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II berkata, seramai 2,178 orang sudah menerima suntikan vaksin harian dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14,065 orang, hari ini.

Berita Harian X