Sabtu, 26 Disember 2020 | 4:20pm
Masjid As-Solihin, Masjid Kampung Kubang Sawa, Tumpat terjejas setiap kali berlaku banjir dan rumah ibadat itu akan menjadi seperti pulau kerana air memenuhi kawasan bendang padi di sekitarnya. Kebiasaannya banjir termenung yang melanda di lebih 10 kampung itu akan surut sepenuhnya antara seminggu hingga tiga minggu berikutan tiada saliran untuk keluar ke Sungai Golok. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

YADIM Kelantan bantu 3,200 mangsa banjir, asnaf dan golongan terjejas COVID-19

TUMPAT: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni 3,200 mangsa banjir, golongan terkesan pandemik COVID-19 dan asnaf menerusi Tabung Musa'adah pada tahun ini.

Pengarah YADIM negeri, Mahadi Awang, berkata program kemasyarakatan termasuk gotong-royong selepas banjir dengan membersihkan 20 masjid dan musala membabitkan 370 sukarelawan dijalankan terutama di daerah terbabit seperti Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat.

"Kami menyediakan bantuan makanan asas berbentuk beras, gula dan tepung gandum," katanya kepada pemberita selepas Program YADIM Lestari Cuci-Cuci dan Musa'adah di Mussalla Tok Janggut Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu di sini, hari ini.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki (tengah) menerima sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Pitas melalui Kempen Prihatin Pitas 2021. - Foto ihsan YADIM Sabah
Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki (tengah) menerima sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Pitas melalui Kempen Prihatin Pitas 2021. - Foto ihsan YADIM Sabah

Program bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tok Janggut Pasir Pekan Hilir itu menggembleng tenaga seramai 50 penduduk bergotong-royong membersihkan sekitar musala, di samping mengagihkan 25 kotak bekalan makanan kepada asnaf serta pesakit terlantar.

Sementara itu, YADIM yang mempunyai lima program teras iaitu YADIM Lestari, Peduli, Maya, Interaktif dan Murabbi memperuntukkan RM200,000 bagi menjayakan aktiviti kebajikan dan dakwah termasuk kebersihan bagi pascabanjir pada tahun ini.

"Namun, banjir tahun ini terbatas dengan wabak COVID-19 kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan sukarelawan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Sehubungan itu, usaha YADIM adalah menghulurkan bantuan makanan ke rumah mangsa yang tidak berpindah dan terperangkap banjir.

"YADIM mendapat kerjasama daripada daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengesan mangsa yang terjejas banjir sebelum agihan keperluan disalurkan," tambahnya. – BERNAMA

Berita Harian X