Isnin, 14 Disember 2020 | 12:46pm
PATI yang ditahan di kawasan Tebedu diusir keluar, malam tadi.-Foto/Ihsan TDM
PATI yang ditahan di kawasan Tebedu diusir keluar, malam tadi.-Foto/Ihsan TDM

12 PATI Kendaie diusir dari Kandaie

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengusir 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam empat kejadian berasingan di sempadan Malaysia-Indonesia, di sini, semalam.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, kejadian pertama, berlaku jam 1.25 tengah hari, apabila sepasukan anggota yang

sedang melaksanakan rondaan keselamatan di lorong tikus sekitar Kandaie, Lundu, berjaya menahan tiga PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, selepas diperiksa, tiga PATI dari Saparan, Kalimantan itu cuba menyusup masuk ke negeri ini menggunakan jalan haram.

"Dalam kejadian kedua berlaku di Kandaie jam 2.30 petang, dua orang PATI dikesan sedang berjalan di satu lorong ladang kelapa sawit dari sempadan Indonesia.

"Anggota membuat rondaan menahan mereka dan hasil soal siasat mendapati mereka berasal dari Karangan, Kalimantan dan mahu mencari pekerjaan di Lundu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian ketiga berlaku jam 3.05 petang juga di Kendaie, apabila dua PATI dari Karangan, Kalimantan ditahan ketika cuba menceroboh masuk negeri ini untuk bekerja di Kampung Selampit, Lundu.

"Kesemua PATI diusir keluar dari Malaysia selepas laporan dibuat di Balai Polis Lundu," katanya.

Kejadian keempat berlaku pada jam 11 malam tadi di Tebedu apabila lima orang PATI terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita ditahan ketika sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

"Selepas disoal siasat, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan

yang sah menggunakan lorong tikus untuk ke Sibu bagi mencari kerja.

"Laporan polis dibuat di Balai Polis Tebedu sebelum semua PATI itu diusir keluar dari Malaysia," katanya.

Katanya, TDM di bawah Pemerintahan Markas 1 Divisyen bersama pasukan keselamatan di bawah National Task Force

(NTF) melalui inisiatif OP Benteng terus komited dalam mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti menyelinap masuk ke Sarawak ketika pandemik COVID-19 masih berleluasa.

Berita Harian X