X
Isnin, 9 November 2020 | 8:20pm
Sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang bagi mengawal peningkatan kes COVID-19. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang bagi mengawal peningkatan kes COVID-19. - Foto NSTP/Ghazali Kori


PKPB: 20 diarah patah balik Kedah

KANGAR: Sebanyak 20 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba masuk ke Perlis, hari ini, tanpa memiliki surat kebenaran merentas negeri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata sehingga jam 5 petang tadi kesemua kenderaan berkenaan diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Sanglang dan Arau dari Kedah.

"Sebanyak 125 kenderaan diperiksa sejak pagi tadi dengan membabitkan 294 individu yang cuba masuk ke negeri ini atas pelbagai alasan dan urusan.

"Sehubungan itu, polis meminta agar mereka yang perlu merentas negeri untuk membuat permit kebenaran agar mereka tidak menghadapi kesulitan terutama membabitkan urusan penting," katanya ketika dihubungi di sini.

Mengenai penguatkuasaan SJR, Surina berkata, pihaknya menumpukan kawalan sempadan negeri ini memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dilaksanakan di Perlis.

"Malah jumlah SJR turut ditambah lagi tiga menjadikan enam SJR di kawasan berhampiran sempadan negara di Perlis," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X