Jumaat, 16 Oktober 2020 | 1:17pm
Gambar hiasan. - NSTP/MOHD AZRENJAMALUDIN
Gambar hiasan. - NSTP/MOHD AZRENJAMALUDIN

Gangguan bekalan air tidak berjadual di 59 kawasan Klang/Shah Alam, Kuala Langat

SHAH ALAM: Sebanyak 59 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di kawasan pembinaan di Seksyen U11, dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata kejadian berlaku susulan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga sehingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip terbabit.

"Berikutan kejadian paip pecah itu, sebanyak 59 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Bantuan bekalan air melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu pengguna yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook Air Selangor, hari ini.

Kawasan terjejas di Klang dan Shah Alam ialah Ambang Botanik, Kampung Pulau Indah, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri dan Berjaya Park.

Seterusnya, Bukit Kuda dan Jalan Batu 3 Lama, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Ampuan Rahimah, Jalan Kebun, Jalan Klang Banting, Jalan Raja Nong, Johan Setia, Kampung Teluk Gong, Kampung Pendamar, Kota Pendamar, Laguna Park, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, PKFZ, Pulau Ketam, Seksyen 15 hingga 20, Padang Jawa, Seksyen 23 hingga 25, Seksyen 7 dan Taman Bayu Mas.

Selain itu, Taman Bayu Perdana, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Desawan, Taman Klang Jaya, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas, Taman Suria Pendamar, Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Barat serta Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Di Kuala Langat pula, kawasan terbabit ialah Batu 7 hingga 9 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Santuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman.

Elina berkata, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan paip pecah terbabit dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi dalam Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang: www.airselangor.com.

Berita Harian X