Isnin, 12 Oktober 2020 | 9:11am
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus

Tiga kes baharu COVID-19 di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kes positif COVID-19 di negeri ini meningkatkan kepada 157, selepas tiga lagi kes baharu dilaporkan semalam dengan 37 kes aktif.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata tiga kes positif baharu yang dilaporkan semalam masing-masing dua di mukim Pelagat, Besut dan satu di Kuala Terengganu.

"Seramai 404 individu dalam perhatian dan ditempatkan di empat pusat kuarantin untuk rawatan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Dr Nor Azimi menjelaskan, seramai 47 individu dalam pemerhatian sedang menjalani rawatan di dua pusat kuarantin di Besut, satu pusat kuarantin Kemaman (84), satu Kuala Nerus (82) dan di dua pusat kuarantin membabitkan 191 individu.

"Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, elakkan berada di kawasan sesak.

"Masyarakat juga diminta elakkan berada di kawasan sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X