Selasa, 18 Ogos 2020 | 11:37am
Kereta dinaiki empat mangsa yang cedera parah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Bayu, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi tadi. NSTP/RAMLI IBRAHIM
Kereta dinaiki empat mangsa yang cedera parah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Bayu, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi tadi. NSTP/RAMLI IBRAHIM

4 parah kereta terjunam sungai

GUA MUSANG: Empat cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai di Kilometer 64 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.15 pagi dekat Sungai Bayu itu membabitkan seorang lelaki dan tiga wanita yang dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata kejadian itu berlaku apabila pemandu kereta itu cuba memintas kenderaan lain dalam keadaan hujan dan jalan basah.

Susulan katanya, kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan terjunam ke sungai.

"Semua mangsa dibantu orang ramai dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

"Bagaimana identiti semua mangsa belum dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.

Mohd Taufik berkata, siasatan awal kemalangan itu mendapati kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkan hilang kawalan dan kejadian disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987.

Berita Harian X