Jumaat, 7 Ogos 2020 | 1:42pm
BEKALAN air terputus babitkan 50 kawasan di Wilayah Petaling pulih petang ini. - Gambar fail
BEKALAN air terputus babitkan 50 kawasan di Wilayah Petaling pulih petang ini. - Gambar fail

Bekalan air pulih jam 6 petang ini - Air Selangor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat kejadian paip pecah, semalam, dijangka menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata sehingga kini kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan ia dijangka siap pada jam 12 tengah hari ini sebelum bekalan air kembali pulih petang ini.

"Gangguan bekalan air itu disebabkan kejadian paip pecah di Persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa, malam tadi menyebabkan bekalan air ditutup pada jam 12 tengah malam, bagi melaksanakan kerja pembaikan.

"Bekalan air akan disalurkan ke kawasan yang terjejas selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan dan Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air pada jam 6 petang, " katanya dalam kenyataannya, di sini.

Elina berkata, 50 kawasan terjejas itu ialah Taman OUG; Bukit OUG; Taman Perindustrian OUG; Taman Bukit Indah; Taman Nam Fong; Taman Tan Yew Lai; Pusat Perniagaan Kinrara dan Aparment Lavender; Taman Kinrara; Taman Lucky Puchong; Taman Pandan dan Taman Kanagapuram (Seksyen 18 PJ).

Katanya, turut terjejas ialah di Seputeh; Taman Halimahton; Taman Bukit Desa; Taman Lee Yan Lian; Petaling Bahagia; Taman Bukit Indah; Taman Desa;Taman Angkasa Puchong; Taman Puchong Indah; Gasing Indah; Jalan Klang Lama Batu 3 hingga 8; Taman Seri Sentosa; Taman Kandan dan Kuarters JKR Batu 6 1/2.

"Kem TUDM Kinrara; Taman Park Siong; Petaling Jaya (PJ) New Town; PJ Old Town; Seksyen 1 hingga Seksyen 8 PJ; Seksyen 9 -13 PJ; Seksyen 52; Jalan Gasing; Jalan Tandang; Jalan Kilang; Lorong Asrama Pantai Dalam; Kampung Pasir; Kampung Dato Tatah; Pantai Dalam; Pantai Hill Park dan Pantai Permai.

"Angkasapuri; Kerinchi; KL Gate Way Kerinchi; Rumah Pangsa PKNS Pantai Dalam; Seksyen 22, PJ; Seksyen 14, PJ; Seksyen 51A; SS9 dan sebahagian SS9A turut terjejas, " katanya.

Beliau berkata, bantuan air melalui lori tangki digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu pengguna yang terjejas.

Katanya, Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Berita Harian X