Rabu, 5 Ogos 2020 | 11:55am
Dua guru maut selepas kereta mereka terbabas sebelum terjunam ke gaung dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi. NSTP/Abdul Rahemang Taiming
Dua guru maut selepas kereta mereka terbabas sebelum terjunam ke gaung dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi. NSTP/Abdul Rahemang Taiming

Dua guru maut, kereta terjunam gaung

TAWAU: Dua guru maut selepas kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan sekerja, terbabas sebelum terjunam ke gaung, dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi.

Dua lagi rakan sekerja mereka, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tawau.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.02 pagi sebelum menghantar tujuh anggota bersama dua jentera ke tempat kemalangan.

KERETA yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terhumbang dan terbalik di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai, dekat sini, 6 pagi semalam. NSTP/Abdul Rahemang Taiming
KERETA yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terhumbang dan terbalik di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai, dekat sini, 6 pagi semalam. NSTP/Abdul Rahemang Taiming

Beliau berkata, ketika kejadian empat guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.

"Seorang mangsa dikenali sebagai Dayana Damsah, 27, maut di tempat kejadian, manakala Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau.

"Kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik.

AHLI keluarga memenuhi Unit Perubatan Forensik Hospital Tawau. NSTP/Abdul Rahemang Taiming
AHLI keluarga memenuhi Unit Perubatan Forensik Hospital Tawau. NSTP/Abdul Rahemang Taiming

"Semua mangsa terhumban dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulbada berkata, dua mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di tempat kejadian.

Berita Harian X