Khamis, 11 Jun 2020 | 12:48pm
Tiga pokok besar tumbang menghempap bumbung pejalan kaki dan bahagian tepi SK Pulai, semalam - Foto NSTP/Ramli Ibrahim
Tiga pokok besar tumbang menghempap bumbung pejalan kaki dan bahagian tepi SK Pulai, semalam - Foto NSTP/Ramli Ibrahim

Pokok tumbang hempap sekolah

GUA MUSANG: Tiga pokok tua masing-masing sebesar pemeluk orang dewasa tumbang dan menghempap sebahagian bangunan dan struktur di Sekolah Kebangsaan Pulai di sini semalam.

Pokok terbabit yang berusia puluhan tahun menghempap bumbung lorong pejalan kaki selain merosakkan bahagian tepi dua bangunan dalam ribut jam 5 petang.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Azuri Hamzah, berkata nasib baik tidak ada murid kerana sekolah masih ditutup.

Kerja pembersihan dilakukan segera, katanya.

Azuri berkata, tiga pokok besar dalam kawasan sekolah itu berusia puluhan tahun lalu dan tidak sangka tumbang sekali gus dalam kejadian itu.

Berikutan itu, beliau mengarahkan beberapa pokok besar lagi yang berada dalam kawasan sekolah berkenaan ditebang segera.

Beliau berkata, bangunan sekolah yang mengalami kerosakan itu juga akan dibaiki segera sebelum sekolah dibuka nanti.

Berita Harian X