Rabu, 3 Jun 2020 | 6:36am
Gambar fail menunjukkan sebahagian jemaah menunaikan solat Jumaat dengan jarak 1 meter berikutan penularan jangkitan COVID-19 di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. Foto Luqman Hakim Zubir.
Gambar fail menunjukkan sebahagian jemaah menunaikan solat Jumaat dengan jarak 1 meter berikutan penularan jangkitan COVID-19 di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. Foto Luqman Hakim Zubir.

Sabah benar penambahan jemaah solat

KOTA KINABALU: Majlis Fatwa Sabah memutuskan untuk menambah bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata penambahan jumlah ahli jemaah terbabit diambil dengan beberapa ketetapan tertentu.

"Bilangan ahli jemaah solat Jumaat yang dibenarkan di masjid terpilih dipertingkatkan kepada 40 orang manakala bilangan ahli jemaah solat lima waktu ditambah kepada 12 orang mulai Jumaat ini (5 Jun)

ini.

"Bilangan ahli jemaah solat Jumaat ini termasuk ahli jawatankuasa masjid, imam dan khatib manakala kebenaran sembahyang berjemaah lima waktu terdiri daripada jawatankuasa dan petugas masjid atau surau serta orang awam.

"Selain itu, pihak berwajib dan ahli jawatankuasa masjid hendaklah menentukan kariah untuk solat Jumaat yang ditetapkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan dan perselisihan antara kariah," katanya.

Dalam kenyataan media terbabit, beliau turut memperincikan langkah keselamatan seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Ahli jemaah yang berusia lebih 70 tahun tidak dibenarkan untuk hadir solat

Jumaat dan setiap jemaah hendaklah membuat pengesanan suhu badan, memakai pelitup muka, penggunaan sanitasi tangan serta merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.

"Mereka yang mempunyai gejala sakit seperti demam, batuk, kelesuan

tidak dibenarkan hadir dan perlu mengamalkan penjarakan sosial termasuk semasa solat dan mengelak bersalaman.

"Orang awam masih belum dibenarkan hadir ke masjid dan surau melainkan

mereka yang sudah diberi kebenaran khas untuk melaksanakan solat Jumaat," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X