Rabu, 22 April 2020 | 9:58pm
KEADAAN rumah penduduk yang ditimpa pokok tumbang di Jalan Makam Mahsuri, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
KEADAAN rumah penduduk yang ditimpa pokok tumbang di Jalan Makam Mahsuri, Langkawi. - Foto Hamzah Osman

Ribut badai Langkawi

LANGKAWI: Angin kencang menyebabkan harta benda rosak dan beberapa pokok tumbang merintangi Jalan Makam Mahsuri di sini, petang tadi.

Kejadian pada jam 6.15 petang itu turut menyebabkan beberapa kediaman penduduk rosak kerana bumbung diterbangkan angin, selain dihempap pokok tumbang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan penduduk.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 6.41 petang.

“Pasukan tujuh anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Langkawi dikejarkan ke lokasi untuk memberikan bantuan membersihkan pokok tumbang menghempap rumah berhampiran Jalan Makam Mahsuri,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Berita Harian X