Jumaat, 17 April 2020 | 2:03pm
Semua laluan menghala ke pusat bandar ini akan ditutup mulai hari ini sehingga 28 April bagi tujuan pematuhan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga. Gambar Hiasan. Foto/BERNAMA
Semua laluan menghala ke pusat bandar ini akan ditutup mulai hari ini sehingga 28 April bagi tujuan pematuhan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga. Gambar Hiasan. Foto/BERNAMA

PKP: Laluan ke Kangar ditutup sepenuhnya

KANGAR: Semua laluan menghala ke pusat bandar ini akan ditutup mulai hari ini sehingga 28 April bagi tujuan pematuhan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata tujuh laluan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada orang awam bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Katanya, hanya dua jalan sahaja dibenarkan dilalui kenderaan tertentu untuk ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, namun ia dikawal ketat petugas barisan hadapan.

“Lima jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Jubli Emas, Jalan Kampung Pondok ke Jalan Abi Tok Hashim, persimpangan lampu isyarat Bintong, persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Ali dan persimpangan lampu isyarat Jalan Kampung Bakau.

“Hanya dua jalan sahaja yang dibuka untuk laluan kecemasan iaitu persimpangan lampu isyarat di Jalan Kangar-Alor Setar di Seriab dan susur masuk ke Jalan Sekolah Derma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wari berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya dapat bersama mematuhi PKP dan memberi kerjasama dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X