Khamis, 9 April 2020 | 8:59pm
Sebuah rumah rosak ditimpa beberapa keping zink sehingga mengakibat seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala akibat dihempap siling rumah dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas. - Foto ihsan JBPM

Budak empat tahun cedera dihempap siling ketika ribut

KULIM: Seorang budak lelaki berusia empat tahun cedera di kepala, akibat dihempap siling rumah yang jatuh dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.15 petang, kediaman keluarga mangsa mengalami kerosakan bumbung, apabila beberapa keping zink diterbangkan angin kencang, manakala siling jatuh menghempap mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu 6.32 petang.

Sebatang pokok turut tumbang di hadapan rumah kanak-kanak lelaki yang cedera di kepala akibat dihempap siling rumah dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas. - Foto ihsan JBPM
Sebatang pokok turut tumbang di hadapan rumah kanak-kanak lelaki yang cedera di kepala akibat dihempap siling rumah dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas. - Foto ihsan JBPM

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kanak-kanak lelaki yang cedera dihantar ke Hospital Kulim menggunakan kenderaan EMRS untuk menerima rawatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, terdapat sebatang pokok turut tumbang di hadapan rumah berkenaan sehingga menghalang laluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, kerja-kerja memotong pokok berkenaan dilakukan menggunakan gergaji berantai bagi membuka semula laluan yang terhalang.

Beliau berkata, dalam operasi yang diadakan, pihaknya turut menerima bantuan daripada pasukan bomba sukarela (PBS) Lunas dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sebuah rumah rosak ditimpa beberapa keping zink sehingga mengakibat seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala akibat dihempap siling rumah dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas.- Foto ihsan JBPM

Berita Harian X