Rabu, 1 April 2020 | 6:09pm
47 premis sudah melalui proses nyah cemar dilakukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), setakat hari ini. - Foto BERNAMA
47 premis sudah melalui proses nyah cemar dilakukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), setakat hari ini. - Foto BERNAMA

47 premis nyah cemar di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Sebanyak 47 premis sudah melalui proses nyah cemar dilakukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Landskap DBKK merangkap Pengurus Pasukan Disinfeksi Covid-19 DBKK, Robert Lipon berkata menerusi jumlah itu, 12 premis membabitkan masjid, 10 surau dan tujuh bangunan pasar.

“Kita juga laksanakan nyah cemar di enam bangunan milik DBKK, empat pejabat kerajaan, tiga sekolah dan dua terminal bas.

“Antara lokasi terbabit termasuk Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Tanjung Aru dan Pasar Inanam.

“Kita akan lakukan nyah cemar jam 2 petang selepas semua premis menutup operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudah proses ini.

“Pelaksanaannya dilakukan setiap hari, sejak 18 Mac lalu dan ia berterusan sehingga selesai,” kata dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Robert berkata 55 kakitangan DBKK pelbagai bahagian terbabit dalam pelaksanaan nyah cemar terbabit.

“Semua kakitangan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian lokasi nyah cemar,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X