Jumaat, 22 November 2019 | 10:58am
MURID bersama guru Sekolah Kebangsaan Senderut bergotong-royong mengutip sampah sekitar perkampungan masyarakat Orang Asli Pos Senderut. - Foto Roselan Ab Malek
MURID bersama guru Sekolah Kebangsaan Senderut bergotong-royong mengutip sampah sekitar perkampungan masyarakat Orang Asli Pos Senderut. - Foto Roselan Ab Malek

Murid, guru gotong-royong bersih kampung

LIPIS: Bimbang penularan wabak penyakit, murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut mengadakan gotong-royong membersihkan kampung Orang Asli itu.

Guru Besarnya, Abdul Manaf Mat, berkata Program Khidmat Komuniti Murid Tahun 6 dengan konsep cintailah alam sekitar disertai oleh 10 orang guru dan 70 murid tahun 6.

Katanya, mereka mengambil inisiatif itu untuk memastikan kebersihan di kawasan kampung terjaga.

“Biarpun murid sekolah ini dan penduduk bebas daripada sebarang penyakit tetapi inisiatif itu perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat itu tentang pentingnya menjaga kebersihan.

MURID bersama guru Sekolah Kebangsaan Senderut bergotong-royong mengutip sampah sekitar perkampungan masyarakat Orang Asli Pos Senderut. - Foto Roselan Ab Malek
MURID bersama guru Sekolah Kebangsaan Senderut bergotong-royong mengutip sampah sekitar perkampungan masyarakat Orang Asli Pos Senderut. - Foto Roselan Ab Malek

“Kita mengambil langkah awal sebelum penyakit merebak, selain untuk mewujudkan suasana bersih di sekitar kampung kerana kampung ini sering dikunjungi oleh orang luar,” katanya.

Beliau berkata, gotong-royong ini turut memberi kesedaran kepada murid untuk menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing, terutama ketika cuti sekolah.

Abdul Manaf berkata, kebanyakan murid akur dengan peraturan di sekolah untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi apabila pulang ke rumah, amalan itu tidak dipratikkan.

“Selain kawasan rumah, kami juga membersihkan sampah sekitar jalan masuk ke kampung Pos Senderut serta membersihkan perkampungan rekreasi di kampung Lubok Mukman yang menjadi tempat perkelahan popular di sini.

“Guru juga memberi ceramah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid agar mereka mendapat maklumat yang berguna, selain menunjukkan gambar tempat menarikdan cantik seluruh dunia,” katanya.

Berita Harian X