Ahad, 15 September 2019 | 1:34pm
Pasukan teknikal Anak Syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) Syarikat SESCO Berhad memotong sambungan elektrik secara haram yang dilakukan seorang pemilik kedai kopi di Batu 9, Kuching. - Foto Garret Dawum

Pemilik kedai kopi tidak serik curi elektrik

KUCHING: Pemilik sebuah kedai kopi di Batu 9, di sini seolah-olah tidak serik selepas ditahan kali kedua atas kesalahan mencuri elektrik dalam operasi khas, Khamis lalu.

Operasi dilakukan anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB), SESCO Berhad itu mendapat kerjasama Kementerian Utiliti Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jurucakap SEB berkata, suspek lelaki itu ditangkap selepas beberapa bulan pergerakannya dipantau pihak SESCO.

Pasukan teknikal Anak Syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) Syarikat SESCO Berhad memotong sambungan elektrik secara haram yang dilakukan seorang pemilik kedai kopi di Batu 9, Kuching. - Foto Garret Dawum
Pasukan teknikal Anak Syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) Syarikat SESCO Berhad memotong sambungan elektrik secara haram yang dilakukan seorang pemilik kedai kopi di Batu 9, Kuching. - Foto Garret Dawum

“Ketika serbuan, pemeriksaan mendapati bekalan elektrik disambung secara terus ke premis tanpa meter.

Berdasarkan rekod, pemilik premis itu tidak pernah memohon sambungan bekalan elektrik bagi kedainya.

“Malah, bekalan elektrik di premis terbabit pernah diputuskan dalam serbuan sebelum ini tetapi pemilik masih mencuri elektrik melalui cara yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, semua kabel, ‘jumper’ dan meter penyambungan yang berjaya dikesan pasukan teknikal SEB turut disita sebagai bahan bukti.

“Laporan polis sudah dibuat dan pemilik terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik.

Pemilik juga akan diambil tindakan dan diminta menanggung kesemua kos elektrik yang dicuri,” katanya.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat berkenaan kejadian mencuri elektrik menerusi hotline SEB di 082-443535.

Berita Harian X