Rabu, 5 Jun 2019 | 11:19am
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) bersama Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus (lima dari kiri) menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong

Yang di-Pertua Pulau Pinang solat Aidilfitri di masjid negeri

GEORGETOWN: Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang, pagi tadi.

Abdul Rahman hadir kira-kira jam 9 pagi, sambil diiringi isteri, Toh Puan Majimor Shariff dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Solat sunat serta khutbah Aidilfitri yang bertemakan ‘Silaturrahim Membawa ke Syurga’ diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Nordin Samah, di hadapan kira-kira 5,000 jemaah.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas bersalaman bersama orang ramai ketika hadir menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas bersalaman bersama orang ramai ketika hadir menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong

Selepas solat sunat pagi itu, Abdul Rahman turut mengambil kesempatan bersalaman dengan jemaah yang turut sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat negeri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Berita Harian X