Isnin, 3 Jun 2019 | 1:09pm

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Klang, Kuala Langat

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual selepas paip utama bersaiz 1,800 millimeter (mm) pecah di Setia Alam, pagi tadi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan, berkata beberapa kawasan itu akan terjejas secara berperingkat-peringkat ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Katanya, status terkini dan butiran lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan PKS pada jam 3 petang hari ini, 3 Jun 2019.

“Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimumkan impak gangguan.

“Sila rujuk maklumat di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor,” katanya.

Kawasan yang dijangka terbabit dalam gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah Ambang Botanik, Ambang Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1 serta 2, Bandar Klang dari Batu 1 hingga Batu 3 Jalan Meru, Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Terminal Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Jalan Dato Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kapar dari Batu 1 hingga Batu 5, Jalan Klang-Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen serta Solok Besar, Jalan Tengku Basar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana.

Jalan Kem, Jalan Limbungan, Jalan Syahbandar, Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Pulau Indah, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, keseluruhan Taman Berkeley dan Eng Ann, keseluruhan Jalan Raja Nong, keseluruhan Taman Sri Andalas, Kampung Keretapi, Kampung Pendamar, Kota Pendamar, Laguna Park, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Persiaran Raja Muda Musa, kawasan perubahan di Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Ketam dan seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas.

Keseluruhan kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Taman Perindustrian Perdana, seluruh kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan, seluruh Perepat, seluruh Sementa, seluruh Sungai Putus, sepanjang jalan Goh Hock Huat, Sungai Sireh, Taman Bayu Mas, Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Klang Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Samjdera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Telok Gedong Kecil, Telok Gedong Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Telok Gedong Besar, West Port dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Di Kuala Langat, kawasan terjejas adalah di Batu 7 Sijangkang dan Batu 7 Sempadan Sijangkang, Batu 8 Sijangkang, Bayu 9 Sijangkang & Kampung Medan, Jalan Puyuh, jalan utama Batu 9 Kebun Bharu dan Taman Desa Sijangkang.

Laman sesawang www.syabas.com.my
Laman sesawang www.syabas.com.my
Berita Harian X