Selasa, 7 Mei 2019 | 6:47pm
PENGARANG Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid mengisi bubur lambuk ke dalam bekas untuk diedarkan kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH 2019 di Bazar Ramadan Seksyen 19, petang tadi. - Foto Saddam Yusoff

Semarak Ramadan BH bersama Bomba agih 1,500 bekas bubur lambuk

SHAH ALAM: Program Semarak Ramadan BH 2019 bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengagihkan 1,500 bekas bubur lambuk di Bazar Ramadan Seksyen 19 di sini, petang tadi.

Pengagihan bubur lambuk itu bermula pada jam 4.30 petang dan selesai diedarkan sejam kemudian.

Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid serta beberapa kakitangan BIMB Holdings Berhad (BHB) turut hadir mengagihkan bubur serta beramah mesra dengan peniaga bazar.

Turut sama melakukan agihan adalah pegawai dan anggota bomba serta kakitangan kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

ANGGOTA JBPM mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH 2019 di Bazar Ramadan Seksyen 19, petang tadi. - Foto Saddam Yusoff
ANGGOTA JBPM mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH 2019 di Bazar Ramadan Seksyen 19, petang tadi. - Foto Saddam Yusoff

Pagi tadi, bermula jam 9 pagi, kakitangan BHB, NSTP dan anggota bomba bergotong royong memasak lima periuk bubur lambuk di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam iaitu lokasi pertama Semarak Ramadan BH 2019.

Tahun ini, BHB meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih.

Selepas dijayakan di BBP Shah Alam, Semarak Ramadan BH akan dilangsungkan di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, pada 25 Mei depan.

Dalam program hari ini, BHB menghulurkan sumbangan kepada lapan keluarga anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas, serta menyampaikan zakat kepada 67 penerima yang terdiri daripada pelajar asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kalangan keluarga bomba.

KAKITANGAN BIMB Holding Berhad mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH 2019 di Bazar Ramadan Seksyen 19, petang tadi. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN BIMB Holding Berhad mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH 2019 di Bazar Ramadan Seksyen 19, petang tadi. - Foto Saddam Yusoff

Berita Harian X