Rabu, 24 April 2019 | 2:29pm
KUMPULAN Seri Gempita dari SK Seri Pristana, naib johan Pertandingan Kompang Selawat daerah Kuala Selangor.
KUMPULAN Seri Gempita dari SK Seri Pristana, naib johan Pertandingan Kompang Selawat daerah Kuala Selangor.

Selawat bergema di SK Seri Pristana

KUALA SELANGOR: Kumpulan Gema Saujana dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama mengekalkan kejuaraan pada Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor, pagi ini.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Seri Gempita dari SK Seri Pristana selaku tuan rumah, manakala Kumpulan Maharaja dari SK Dato’ Maharaja Lela di tempat ketiga.

Kumpulan Gema Saujana yang dipimpin Abdul Rashid Samad dan semua pemenang masing-masing menerima piala dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor (Unit JQAF), Abdul Rahman Amran.

Hadir sama, Guru Besar SK Seri Pristana, Zazaluma Harun dan barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana.

SKUAD Dengue Patrol SK Bandar Baru Kuala Selangor dalam jaringan menyebarluaskan misi dan visi membanteras wabak denggi.
SKUAD Dengue Patrol SK Bandar Baru Kuala Selangor dalam jaringan menyebarluaskan misi dan visi membanteras wabak denggi.

Sementara itu, satu jaringan kerjasama di antara skuad Dengue Patrol SK Bandar Baru Kuala Selangor dan SK Seri Pristana dilaksanakan sempena pertandingan anjuran Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani di SK Seri Pristana selaku tuan rumah pertandingan.

Jaringan itu bagi menyebarluaskan visi dan misi skuad Dengue Patrol SK Bandar Baru Kuala Selangor dalam usaha memerangi wabak denggi.

Berita Harian X