Rabu, 3 April 2019 | 5:36pm
HASAN Basri (kiri) menunjukkan laluan yang akan ditutup untuk memberi laluan kepada peserta Le Tour De Langkawi (LTDL) pada sidang media penutupan laluan sempena Le Tour De Langkawi (LTDL) 2019 Negeri Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang. - Foto Rasul Azli Samad

Laluan di Melaka ditutup sementara 7, 8 April sempena LTdL 2019

MELAKA: Beberapa laluan di sekitar negeri ini akan ditutup sementara pada 7 dan 8 April ini sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya, laluan Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) dari Simpang Ampat, Alor Gajah melalui Rembia, Paya Rumput, Cheng, Lorong Pandan, Durian Daun selain Jalan Merdeka akan ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang, 7 April.

Beliau berkata, ia bagi memberi laluan kepada perlumbaan yang bermula dari Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan dan dijangka berakhir di Dataran Pahlawan kira-kira jam 3.45 petang.

Penutupan jalan pada 8 April pula, katanya, membabitkan daerah Jasin pada kira-kira jam 11.30 pagi dan di Alor Gajah pada jam 12.30 tengah hari bagi memberi laluan kepada perlumbaan membabitkan jarak 180 kilometer yang bermula di Muar, Johor dan akan berakhir di Putrajaya.

LALUAN yang akan ditutup untuk memberi laluan kepada peserta Le Tour De Langkawi (LTDL) pada sidang media penutupan laluan sempena Le Tour De Langkawi (LTDL) 2019 Negeri Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang. - Foto Rasul Azli Samad

“Pelumba akan berkayuh di laluan Sungai Rambai, Merlimau, Kesang dan Durian Tunggal sebelum ke Pengkalan, Ayer Paabas serta Lubok China.

“Sepanjang berlangsungnya LTDL 2019 ini, anggota trafik akan ditempatkan bagi mengawal lalu lintas,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama pengguna jalan raya merancang perjalanan pada dua hari berkenaan selain menggunakan jalan alternatif.

Berita Harian X