Sabtu, 26 Januari 2019 | 8:28pm
Sebahagian peserta bersama ayam mereka sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Sebahagian peserta bersama ayam mereka sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Seorang peserta bermain dengan ayamnya sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019 di Kampung Kraftangan Pertandingan yang dianjurkan oleh KARAK. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Seorang peserta bermain dengan ayamnya sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019 di Kampung Kraftangan Pertandingan yang dianjurkan oleh KARAK. - NSTP/Syamsi Suhaimi

KARAK kumpul 50 peminat ayam ratu

KOTA BHARU: Kelab Ayam Ratu Kelantan (KARAK) berjaya mengumpulkan 50 peminat ayam ratu dari seluruh negeri ini dalam Pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019 di sini, hari ini.

Pengerusinya, Kamaruzaman Hassan, berkata pertandingan yang membabitkan 60 ayam itu dibahagikan kepada enam kategori iaitu Leung Hang Khao (LHK) dewasa, LHK muda, induk ratu, warna, pelbagai roma termasuk kategori baharu, anak ayam ratu.

“Pertandingan seumpama ini kebiasaannya dianjurkan di Thailand sejak lebih tiga dekad lalu, tetapi di negara kita mula diperkenalkan sekitar 2015.

“Dalam pertandingan itu, juri akan mengambil kira beberapa faktor termasuk gaya, kekemasan bulu, tubuh, balung, dan ekor ayam untuk memberi markah.

“Antara baka ayam ratu yang menyertai pertandingan ini adalah Super Green, Kaidang, Gashe, Jalok, Nockdang dan LHK ,” katanya ketika ditemui selepas Pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019, di Kampung Kraftangan di sini.

Dalam pertandingan itu, kategori LHK dewasa dimenangi ‘Gohan’ ayam milik Mohd Roslan Mahamed Rafter, 35, yang turut memenangi johan keseluruhan ‘Best Of The Best’.

Kamaruzaman berkata, pertandingan itu dianjurkan untuk memberi peluang kepada mereka mempersembahkan keunikan ayam peliharaan masing-masing.

“Kita tidak mahu golongan atau penggemar ayam sabung terbabit dengan kegiatan menyabung ayam. Oleh itu, KARAK mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan seperti ini.

“Pada tahun lalu, KARAK menganjurkan empat pertandingan ayam ratu dan pada tahun ini, kami merancang untuk mengadakan lima pertandingan,” katanya.

Seorang peserta bermain dengan ayamnya sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019 di Kampung Kraftangan Pertandingan yang dianjurkan oleh KARAK. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Seorang peserta bermain dengan ayamnya sebelum bermula pertandingan Ayam Ratu Tertutup Kelantan 2019 di Kampung Kraftangan Pertandingan yang dianjurkan oleh KARAK. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Salman Yusoff bersama ayamnya yang memenangi tempat pertama kategori anak-anak ayam ratu. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Salman Yusoff bersama ayamnya yang memenangi tempat pertama kategori anak-anak ayam ratu. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Sementara itu, peserta pertandingan, Salman Yusoff, berkata beliau mula memelihara ayam sabung sejak tiga tahun lalu, yang turut dibawa untuk menyertai pertandingan.

“Dalam pertandingan kali ini, saya membawa enam ayam untuk menyertai semua kategori yang dipertandingkan.

“Alhamdulillah, tiga daripada enam ayam yang dibawa untuk bertanding mendapat johan dalam kategori anak-anak ayam ratu, tempat kedua bagi induk ratu dan tempat ketiga kategori pelbagai roma,” katanya.

Berita Harian X