Selasa, 31 Julai 2018 | 5:35pm
GAMBAR fail, EXCO Kesihatan negeri, Low Chee Leong (lima dari kanan) bersama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman (enam dari kanan) bergambar pada Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Siri 1 peringkat negeri di Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil pada 28 Julai lalu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Melaka rekod 1,522 kes HFMD

MELAKA: Jabatan Kesihatan negeri merekodkan 1,522 kes jangkitan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga Sabtu lalu.

EXCO Kesihatan negeri, Low Chee Leong, berkata jumlah itu meningkat 76 peratus atau 659 kes sehingga minggu ke-30 tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, bilangan wabak di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) juga meningkat 66 peratus atau empat kes bagi minggu ke-30 pada tahun ini, berbanding minggu sama tahun lalu.

"Sebuah TASKA di Alor Gajah juga diarah tutup pada 25 Julai lalu. Jadi, kita minta pengusaha (TASKA/TABIKA) jangan sambil lewa dalam mengambil langkah pencegahan bagi menangani wabak ini serta-merta," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 119 kes diikuti Alor Gajah (98) dan Jasin (25) bagi minggu ke-30.

Chee Leong berkata, kes membabitkan rumah persendirian bagaimanapun menurun 64 peratus atau sembilan kes bagi minggu sama tahun ini, malah tiada sekolah ditutup setakat ini.

Berita Harian X