Rabu, 18 Julai 2018 | 7:23pm
Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Dzolkapli Haron (dua dari kanan) beramah mesra bersama antara 24 guru dari negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland yang terlibat dalam Program Bimbingan Pendekatan Pedagogi Pembelajaran Abad 21 - Limited Resource Teacher Training (LRTT) Tahap 2 di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) AL Mashor, Jalan Sultan Ahmad Shah. - Foto Danial Saad

2,082 kes HFMD di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang semakin membimbangkan dengan 2,082 jangkitan dilaporkan, sehingga semalam.

Mengikut laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri, jumlah itu menunjukkan kenaikan sebanyak 93.5 peratus berbanding hanya 1,076 kes HFMD dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, setakat ini, 32 premis diarahkan tutup bagi kerja pembersihan, iaitu 11 Tadika, masing-masing tujuh sekolah rendah dan Taska, prasekolah (enam) serta sebuah pusat jagaan.

"Daripada tujuh sekolah rendah yang terbabit, hanya sebuah sekolah yang masih diarah tutup sepenuhnya sehingga 20 Julai, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shih Chung, manakala yang lain hanya membabitkan penutupan kelas.

"Enam sekolah lain ialah SJKC Chong Cheng yang ditutup 11 kelas, SJKC Sum Sun (sembilan kelas), SJKC Sum Min 1 (empat kelas) dan SK Saujana Indah serta SJKC Moh Gee Pusat, masing-masing tiga kelas. Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap pula ditutup satu kelas," katanya.

Menurut laporan itu, daerah Timur Laut mencatatkan kes tertinggi dengan 33 jangkitan HFMD dilaporkan sejak Ahad lalu, diikuti Seberang Perai Selatan (20 kes), Barat Daya (19 kes), Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dengan masing-masing 10 kes.

Katanya, hanya 10 pesakit HFMD sedang menerima rawatan iaitu seorang di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala sembilan lagi pesakit di pelbagai hospital swasta, di sini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Antara gejala penyakit itu ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.

Berita Harian X