Rabu, 11 Julai 2018 | 7:35pm
EXCO dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya yang memenangi pingat emas dalam pelbagai pertandingan sambil diperhatikan Pengarah Politeknik Sebrang Perai, Zulkifli Ariffin (dua dari kanan) dan Pengarah pendidikan negeri Pulau Pinang, Mohd Jamil Mohamed (tiga dari kiri) di Karnival Hijau 2018 Peringkat Politeknik Zon Utara dan Sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang di Dewan Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam

Akur arahan tutup sekolah

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akur dengan arahan Jabatan Kesihatan yang mengarahkan penutupan beberapa sekolah di negeri itu berikutan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarahnya, Mohd Jamil Mohamed, berkata setakat ini tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Timur Laut ditutup dan tiga lagi sekolah dalam siasatan berikutan penyakit berkenaan dilaporkan meningkat sejak minggu lalu.

Beliau berkata, tiga SJKC yang ditutup itu adalahSJKC Phor Tay apabila 11 pelajarnya didapati dijangkiti HFMD,SJKC Sin Chung (enam kes) dan SJKC Sam Sun (lebih tiga kes).

"Kita difahamkan tiga lagi SJKC iaitu SJKC Union, SJKC Kwong wah dan SJKC Chong Cheng berada dalam siasatan pihak jabatan kesihatan.

"Bagaimanapun, pihak kita akur untuk menutup sekolah-sekolah ini sekiranya diarahkan bagi membendung penularan penyakit menjadi semakin serius," katanya ketika ditemui pada Program Karival Hijau di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini, hari ini.

Sebelum itu, Jabatan Kesihatan memaklumkan dua sekolah ditutup sepenuhnya membabitkan sebuah SJKC dan Sekolah Antarabangsa manakala satu lagi SJKC beberapa kelasnya diarahkan ditutup ekoran penyakit terbabit.

Jamil berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dalam mewawarkan penutupan sekolah sekiranya terdapat murid yang dijangkiti wabak itu.

"Selain itu, kita juga turut mengambil langkah dengan meminta semua pihak bekerjasama menjaga kebersihan bagi membolehkan penyakit ini dapat dibasmi sepenuhnya.

"Penyakit ini tidak lagi baharu apabila setiap tahun ada laporan murid dijangkiti HFMD namun tahun ini dilihat semakin buruk dan memerlukan mengambil langkah berjaga-jaga.

Baru-baru ini, JKNPP melaporkan terdapat 1,555 kes HFMD direkodkan sejak Januari hingga 4 Julai lalu iaitu membabitkan peningkatan 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Berita Harian X