Jumaat, 15 Jun 2018 | 10:26am
SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kiri) bersalaman bersama orang ramai ketika hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam
SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam
SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam
SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

Sultan Kedah solat Aidilfitri di Masjid Zahir

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, dekat sini pagi tadi.

Baginda bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff tiba di Masjid Zahir pada jam 8.40 pagi sebelum bersalaman dengan para jemaah.

Yang turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff.

Mereka disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir yang diimamkan oleh Datuk Roslan Abdul Halim.

Berita Harian X