Sabtu, 10 March 2018 | 12:05pm

Bekalan air pulih 73 peratus

KUALA LUMPUR: Sebanyak 73 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air mulai pulih secara berperingkat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad, berkata sehingga jam 7 pagi tadi, enam wilayah terbabit mula menerima bekalan air yang disalurkan selepas Loji Rawatan Air Selangor (LRA) Fasa 3 (SSP3) kini kembali beroperasi selepas ditutup sejak 6 Mac lalu bagi proses pembaikan.

"Pecahan pemulihan bekalan air di Hulu Selangor meningkat kepada 98.8 peratus manakala Klang (85.5 peratus); Gombak (77 peratus); Petaling (47.5 peratus); Kuala Lumpur (30.4 peratus) dan Kuala Langat (17.8 peratus).

"Bagaimanapun, bantuan bekalan air menggunakan lori tangki berjadual akan diteruskan ke kawasan yang masih dalam proses pemulihan.

"Pusat Khidmat Setempat juga diaktifkan sehingga bekalan air pulih seperti sedia kala, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk maklumat berhubung gangguan bekalan air dan status terkini gangguan, layari laman sesawang rasmi SYABAS di www.syabas.com.m, Facebook Air Selangor atau aplikasi telefon pintar mySyabas selain menghubungi talian 15300 atau 1800 88 5252.

Bagi aduan berkaitan bil tinggi, orang ramai boleh menghantar gambar bil air ke WhatsApp 019-2816793 / 019- 2800919 atau emel ke wecare@ airselangor.com manakala permohonan bantuan lori tangki, hantar SMS ke 15300 (taip Tanker).

Berita Harian X