Sabtu, 10 Februari 2018 | 10:53pm
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanipah (tiga kiri) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (empat kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Isahak Murat (dua kiri) melawat tapak Ekspo Muafakat yang akan diadakan pada 24 Februari ini sehingga 03 Mac di Perkarangan Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanipah (empat kanan) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (tiga kanan) melepaskan konvoi jelajah Ekspo Muafakat di Perkarangan Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Ekspo Muafakat Kedah sasar tarik 400,000 pengunjung

ALOR SETAR: Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk menarik 400,000 pengunjung ke Ekspo Muafakat Kedah, yang julung kali diadakan di Stadium Darul Aman, di sini antara 24 Februari hingga 3 Mac.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ekspo selama 7 hari itu, akan menampilkan pencapaian kerajaan negeri serta perancangan untuk semua rakyat Kedah.

Beliau berkata, ekspo itu akan menampilkan 20 kluster merangkumi pelbagai sektor dengan penyertaan 199 jabatan dan agensi kerajaan membabitkan kerajaan Pusat dan negeri, serta sektor swasta.

"Ekspo itu akan menampilkan pelbagai acara, antaranya temuduga kerja, peluang melanjutkan pelajaran, tawaran menarik untuk hartanah, jualan murah untuk barangan keperluan asas dan sebagainya.

"Pegawai dari Bank Negara dan institusi kewangan juga akan mengambil bahagian untuk memudah cara pengunjung yang masih mencari rumah idaman mereka.

"Kita juga akan menampilkan usahawan dalam pelbagai bidang seperti "food trucks", makanan popular Kedah dan sebagainya bagi membuka ruang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka.

"Secara ringkasnya, terdapat sesuatu kepada semua orang di ekspo ini, yang sememangnya dirancang untuk memenuhi keperluan dan aspirasi pelbagai lapisan masyarakat," katanya selepas melawat tapak ekspo itu, hari ini.

Antara kluster yang akan ditampilkan sepanjang Ekspo Muafakat Kedah adalah Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah dan 'Petting Zoo'.

Kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan tokoh usahawan serta selebriti popular seperti Fattah Amin, Fizo Omar, Rozita Che Wan dan Janna Nick akan memeriahkan lagi ekspo ini.

Selain rakyat Kedah, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri juga mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari Perlis, Pulau Pinang dan juga utara Perak.

Pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, barangan elektrik, pakej penginapan hotel, pakej pelancongan, baucer hiasan rumah dan gajet.

Ahmad Bashah, berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk menawarkan hadiah 'luar biasa' untuk cabutan bertuah utama yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berita Harian X