Selasa, 3 Oktober 2017 | 3:58pm
KEADAAN motosikal milik anggota polis yang terbabas selepas terlanggar anjing di Jalan UMS berhampiran University Apartment, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu
KEADAAN motosikal milik anggota polis yang terbabas selepas terlanggar anjing di Jalan UMS berhampiran University Apartment, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

Polis cedera motosikal langgar anjing

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis yang dalam perjalanan ke tempat kerja cedera selepas motosikal ditunggang terlanggar seekor anjing sebelum terbabas di Jalan UMS berhampiran University Apartment, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, koperal berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu cedera di mulut, kaki serta badan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2 dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Anjing berkenaan mati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan awal mendapati anggota polis dari arah Indah Permai menuju ke arah 1Borneo.

ANJING mati selepas dilanggar anggota polis yang menunggang sebuah motosikal di Jalan UMS berhampiran University Apartment, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu
ANJING mati selepas dilanggar anggota polis yang menunggang sebuah motosikal di Jalan UMS berhampiran University Apartment, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor anjing melintas jalan menyebabkan dia tidak sempat memberhentikan motosikal lalu terlanggar anjing berkenaan.

"Susulan itu, motosikal ditunggang anggota terbabit terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan," katanya di sini, sebentar tadi.

Chandra berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan.

Berita Harian X