Jumaat, 8 September 2017 | 8:47pm
KEADAAN rumah yang rosak dihempap pokok tumbang akibat ribut di pekan Kupang. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN rumah yang rosak dihempap pokok tumbang akibat ribut di pekan Kupang. - Foto ihsan pembaca
SALEHA Lahman (dua dari kanan) melihat rumahnya yang rosak dalam kejadian ribut di mukim Kupang. - Foto Safuri Kamarudin
SALEHA Lahman (dua dari kanan) melihat rumahnya yang rosak dalam kejadian ribut di mukim Kupang. - Foto Safuri Kamarudin
SALEHA Lahman mendukung bayi berusia 38 hari yang terselamat dalam kejadian ribut di mukim Kupang. - Foto Safuri Kamarudin
SALEHA Lahman mendukung bayi berusia 38 hari yang terselamat dalam kejadian ribut di mukim Kupang. - Foto Safuri Kamarudin
KEADAAN sebuah kereta yang rosak dihempap pokok yang tumbang selepas ribut di pekan Kupang. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN sebuah kereta yang rosak dihempap pokok yang tumbang selepas ribut di pekan Kupang. - Foto ihsan pembaca

50 rumah rosak dilanda ribut

BALING: Hujan lebat hampir setengah jam disusuli ribut yang melanda mukim Kupang, di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 rumah terjejas.

Difahamkan tujuh kampung menerima kesan akibat ribut yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, iaitu Banggol Chicar, Kampung Tengah Kupang, Kampung Lela, Tanah Periok, Tiak dan Pekan Kupang dan Pekan Kuala Pegang.

Kebanyakan rumah terjejas mengalami kerosakan pada bumbung dan dinding, termasuk menyebabkan pokok tumbang sehingga ada yang menimpa kediaman penduduk.

Sementara itu sebuah kereta milik penduduk dilapor rosak dihempap pokok dalam kejadian sama di Kampung Landak dan sekitar pekan Kupang, dekat sini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz, mengesahkan bancian dilakukan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya 50 kediaman mengalami kerosakan.

"Sehingga kini tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dan pihaknya dengan kerjasama agensi terbabit sedang memantau keadaan bagi tujuan penyaluran bantuan," katanya.

Sementara di Alor Setar pula, kejadian ribut susulan hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan pokok tumbang di beberapa lokasi termasuk ada yang menjejaskan laluan trafik.

Antaranya di laluan menuju Plaza Tol Alor Setar (Utara) apabila pokok besar tumbang di atas jalan memaksa sebahagian laluan ditutup dengan kerja pembersihan giat dijalankan.

Kejadian pokok tumbang turut berlaku di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, manakala beberapa papan iklan turut rosak dan tumbang.

Berita Harian X