X
Khamis, 27 Julai 2017 | 7:51pm
MENTERI Besar, Datuk seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kiri) bersama PPenasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq (tiga kiri) melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) di Ipoh, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya
MENTERI Besar, Datuk seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kiri) bersama PPenasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq (tiga kiri) melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) di Ipoh, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya

NCIA umum pelan pembangunan khusus untuk Perak

IPOH: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) hari ini mengumumkan pelan pembangunan khusus untuk negeri Perak di bawah Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 atau dikenali sebagai Blueprint 2.0.

Antara tujuh projek berimpak tinggi yang diklasifikasikan sebagai nod pertumbuhan di Wilayah Koridor Utara, dua daripadanya terletak di Perak, iaitu Greater Kamunting Conurbation (GKC), dan Manjung-Aman Jaya Maritime City.

Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meluaskan manfaat ekonomi kepada kawasan yang menjadi keutamaan di Perak dengan memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta meningkatkan kemapanan melalui komponen sosioekonomi dan fizikal.

"Perubahan dunia sangat ketara sejak beberapa abad kebelakangan ini dan wilayah ekonomi perlu bergerak pantas, kreatif serta kukuh bagi menangani kehendak masa hadapan.

"Ini termasuk meningkatkan dan memperkasakan lagi jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan, merangkumi masyarakat, negeri, kerajaan tempatan, industri serta NGO (badan bukan kerajaan).

"Usaha ke arah pembangunan seharusnya bersifat inklusif dan tidak semata-mata menyediakan akses universal kepada pendidikan dan kesihatan, tetapi juga harus mengambil kira elemen keterangkuman sosial serta ekonomi berpendapatan tinggi sebagai aspek penting dalam apa jua perancangan yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk seri Dr Zambry Abd Kadir, di sini hari ini.

Hadir sama, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Blueprint 2.0 yang berinspirasikan kepada Model Ekonomi Baharu (NEM), menggariskan 80 projek strategik yang akan memacu pertumbuhan ekonomi merentasi empat negeri utara Malaysia iaitu Perak, Perlis, Penang dan Kedah bagi mencapai sasaran RM300 billion pada tahun 2030.

Berita Harian X