Ahad, 3 September 2023 | 12:11am
Kit Siang mahu semua parti dalam Kerajaan Perpaduan terus bersatu. - Foto BH
Kit Siang mahu semua parti dalam Kerajaan Perpaduan terus bersatu. - Foto BH

Hanya Kerajaan Perpaduan mampu majukan negara

JOHOR BAHRU: Semua pihak perlu bersatu padu, dan asas itu dibuktikan Kerajaan Perpaduan yang disertai 19 parti politik.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, berkata peluang dan masa perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja untuk memulih ekonomi negara, malah meletakkan Malaysia dalam peta dunia.

Katanya, negara yang kini ditadbir Kerajaan Perpaduan berada pada landasan yang betul dan mampu menjadi negara kelas dunia.

"Saya yakin Malaysia boleh bangkit semula menjadi negara yang cukup dikenali di bawah pentadbiran Anwar. Jadi, kita bagi dia masa empat tahun ini untuk membuktikan perkara itu.

"Oleh itu dalam tempoh tersebut, janganlah kita membenarkan ada gerakan menggugat kerajaan hari ini. Jangan benarkan pisang berbuah dua kali setelah kerajaan kerap bertukar tampuk pimpinan.

"Saya tak rasa PAS dan BERSATU berkongsi ideologi yang sama untuk membangunkan negara," katanya berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong merangkap Pengerusi DAP Johor; Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali; Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR); Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan calon PH, Suhaizan Kayat.

Dalam pada itu, Kit Siang turut menyeru penduduk di kawasan DUN Perling keluar mengundi bagi menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Berita Harian X