TUMPAT: Pemilihan semula UMNO Bahagian Tumpat hari ini menyaksikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zulkifli Abdullah sebagai Ketua UMNO bahagian.
Memperoleh undian sebanyak 526, Zulkifli yang juga bekas Ketua UMNO Tumpat pada penggal lalu mengalahkan dua lagi calon, iaitu Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dan Wan Mohd Sanusi Wan Yunus yang masing-masing mendapat undian sebanyak 448 dan 47.
Pengumuman dibuat dan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Kamarudin Abdullah di dewan Maktab Rendah Sains u (MRSM) Tumpat petang tadi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Fakruddin Ariffin mengatasi calon lain dengan 556 undi, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat pula disandang Abdul Mannan Md Said (601 undi).
Dalam pemilihan UMNO 18 Mac lalu, Ketua Bahagian dimenangi Ahmad Rosdi mengatasi dua calon itu dengan 422 undi, manakala Zulkifli pula 381 undi.