KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului saingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu, petang ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO meraih lima undi, setakat jam 4.10 petang ini.
Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya meraih empat undi, manakala Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menerima dua undi.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua UMNO Pontian, Datuk Hasni Mohammad, masing-masing meraih satu undi.
Ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa pula masih belum meraih sebarang sokongan bagi menempatkan diri ke jawatan itu.