IPOH: MIC Perak akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengerusi BN Perak, Pengerusi MIC Perak.
"Datuk V Elango, 57, dicalonkan bertanding kerusi DUN Sungkai dan Setiausaha MIC Perak, G Shanmugiavalloo 53, dicalonkan bertanding di kerusi DUN Aulong.
"Sementara Ketua MIC Ipoh Barat, M S Jayagopi, 66, pula dicalonkan di kerusi DUN," katanya.
Sementara itu, satu lagi kerusi bagi DUN Jelapang pula akan diwakili Ketua Wanita Makkal Sakti Perak, Hamidah Muhamad, 46.
Hari ini media melaporkan, Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan senarai calon bagi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN pada PRU15.