Ahad, 23 Februari 2020 | 12:16am
AHLI Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.
AHLI Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Ahli Parlimen Sabak Bernam menang Ketua Bahagian BERSATU

SABAK BERNAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, memenangi jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sabak Bernam selepas menewaskan pencabarnya, Ibrahim Sahadan, malam ini.

Mohd Fasiah memperoleh 206 undi manakala Ibrahim mendapat 48 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimenangi penyandangnya, Mohd Hamizar Sulaiman dengan 269 undi menewaskan Hassan Jureme dengan 52 undi.

Penyandang Naib Ketua Bahagian, Kalam Salan, turut mengekalkan jawatan apabila memperoleh 271 undi menewaskan Misran Kaulan yang mendapat 50 undi.

Jawatan Ketua ARMADA bahagian menyaksikan anak kepada Mohd Fasiah, Mohammad Ferris memenangi jawatan itu selepas memperoleh 49 undi menewaskan Saufi Yusof yang meraih 11 undi.

Ketua Srikandi turut menyebelahi penyandangnya yang juga Timbalan Ketua Srikandi Selangor, Noorlieza Mahffod, dengan 102 undi mengalahkan Zalikha Hanis yang hanya mendapat empat undi.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan Penyelaras Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Zon 1, Norzaimah Zainal Abidin dan Asraf Rahmat.

Terdahulu, seramai 1,696 ahli BERSATU Bahagian Sabak Bernam layak mengundi pada mesyuarat pemilihan yang diadakan di 10 cawangan bahagian itu.

Berita Harian X