Jumaat, 21 Februari 2020 | 8:45pm
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, memenangi pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu pada pemilihan, hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, memenangi pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu pada pemilihan, hari ini.

Rosol Ketua BERSATU Bahagian Hulu Terengganu

KUALA BERANG: Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, memenangi pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu pada pemilihan, hari ini.

Rosol yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum menyertai BERSATU pada Disember 2018, menewaskan dua lagi calon, Mohd Laisani Dollah dan Zamani Mamat.

Bagaimanapun, dua daripada 13 cawangan bahagian terbabit, iaitu Kuala Dura dan Kampung Tok Randok, tidak layak mengadakan mesyuarat pemilihan berikutan tidak cukup korum keahlian.

Bekas Ketua Penaja, Mohd Nuhairi Muhammad, yang menawarkan diri sebagai calon jawatan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Hulu Terengganu pula menang tanpa bertanding.

Pada pemilihan sama, Engku Abu Bakar Engku Mohd meraih jawatan Naib Ketua Bahagian, Che Wan Rosnani Che Wan Mustafa (Ketua Srikandi) dan Abdul Muhaimin Mohamed Zameri (Ketua Armada) dengan masing-masing menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) negeri, Ismail Zainal, ketika dihubungi mengesahkan keputusan tidak rasmi memihak kepada Rosol.

Beliau menjelaskan, keputusan rasmi dan pengesahan pemilihan pada peringkat Bahagian Hulu Terengganu akan dikeluarkan JPP Pusat, selewat-lewatnya Isnin depan.

Berita Harian X