X
Ahad, 23 Disember 2018 | 1:35pm

Persepsi Tok Mat dibayangi Zahid direka musuh UMNO - Khaled

PASIR GUDANG: Persepsi kepimpinan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dibayangi Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah satu dakwaan yang sengaja direka musuh parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata persepsi itu mungkin dibangkitkan musuh UMNO yang tidak mahu melihat parti itu kembali kuat.

“Biar Tok Mat menjalankan tugas dengan sokongan, kerjasama daripada kami semua.

“Saya percaya tindakan Datuk Seri Zahid ikhlas untuk kepentingan dan keutamaan pada parti, orang Melayu dan agama Islam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ‘I’m Ready for School’ anjuran Johor Volunteer di Dewan Terbuka Taman Cendana di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata banyak kebaikan bakal dilihat susulan penyerahan kuasa kepada Badan Perhubungan UMNO negeri yang diputuskan baru-baru ini.

“Ia akan membolehkan nilai dan kesedaran, kebertanggungjawaban di semua peringkat dapat dijayakan.

“Kita (pucuk pimpinan UMNO) percaya dengan usaha ‘decentralization’, banyak keputusan yang betul-betul menepati dan berkesan boleh dicapai misalnya dalam soal pendaftaran, permohonan keahlian dan soal disiplin parti,” katanya.

MOHAMED Khaled (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima bantuan I'm Ready For School anjuran Johor Volunteer, di Dewan Terbuka Taman Cendana, Pasir Gudang. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
MOHAMED Khaled (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima bantuan I'm Ready For School anjuran Johor Volunteer, di Dewan Terbuka Taman Cendana, Pasir Gudang. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Berita Harian X